Monday, October 18, 2010

Tip-tip cemerlang hari konvokasi

Sebelum memulakan hujah.saya ingin mengucapkan tahniah kepada kakak saya nurul farhah kerana berjaya grad dengan jayanya dan alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dia tidak tersadung semasa di atas pentas :P

tapi untuk mencapai semua itu bukan perkara mudah. ia memerlukan persiapan rapi dari kepala sampai kaki.mari kita mulakan.

1. jika pihak universiti memberikan jubah graduasi kepada anda 2/3 hari sebelum hari graduasi. pastikan apabila sahaja and mendapat jubah tersebut anda periksa anda mendapat jubah yang betul, maksudnya adalah jika anda bakal mendapat ijazah sarjana muda(degree) anda mendapat jubah untuk pelajar ijazah sarjana muda bukannya jubah graduasi pelajar ijazah sarjana(master) ada bezanya yang pasti disitu.

2. pastikan juga anda mendapat saiz yang betul, jika anda keturunan 'ayam serama' silalah mohon untuk mendapatkan saiz yang padan. ini penting untuk mengelakkan anda menyapu lantai tempat graduasi anda.

3. tidak memdapat saiz jubah yang padan?jangan risau, ramai juga yang begitu.anda masih ada hari untuk membetulkannya.saya mencadangkan anda 'betulkan' sedikit jubah anda mengunakan jarum dan benang. adalah tidak digalakkan untuk mengunakan gunting jubah anda ya, gunting benang boleh.ini kerana anda dikhuatiri membayar saman jubah yang telah anda 'betulkan'.

4. sejurus kembali dari mendapat jubah, silalah jemput mencuba bergaya dan meng'alter'. ini untuk mengelakkan anda dari menjadikan mak anda yang datang dari jauh untuk meng'alter'kan jubah anda. adalah lebih beruntung jika anda mempunyai adik perempuan yang sama universiti dengan anda, kerana inilah masa yang baik untuk membuli. suruh sahaja adik perempuan anda jahitkan, jika dia tidak pandai menjahit, paksa dia kembali ke bangku sekolah sambil memaki "apalah anak dara tak pandai jahit!!"

5. yang paling utama, pastikan kad jemputan untuk kedua ibu bapa anda berada dengan anda, janganlah pi letak bawah ketiak gf/bf anda. takkan haru ibu bapa/adik beradik anda mahu berlari kesana sini mencari kad jemputan mereka.

6. sebelum bergerak menuju dewan graduasi, pastikan anda mencapai handphone anda dan lekatkan tali lanyard untuk disangkutkan ke leher anda.mengapa pula?cuba anda bayangkan bukan anda sorang yang grad beratus-ratus orang dan selepas upacara selesai pastinya mereka keluar berpusu-pusu dari dewan untuk mencari keluarga masing-masing. anda pula yang tidak berhandphone bagaimana untuk menghubungi keluarga anda?maka tercari-carilah anda dilautan manusia itu.

7. bagi yang perempuan, bolehlah bersolek lebih tebal dari yang biasa kerana dikhuatiri akan cair mekap anda semasa menunggu naik ke pentas.~LOL~

8. semasa berjalan naik keatas pentas, selain anda perlu berjalan dengan penuh keyakinan dan juga perlu berjalan dengan perlahan-lahan. mana taw kot tersadung jubah tu, anda juga malukan?

8. pastikan anda mengingatkan adik perempuan/lelaki anda untuk membawa air botol semasa upacara berlangsung kerana ibu bapa anda telah dijemput masuk kedalam dewan kerana mereka pastinya kepenatan menunggu majlis graduasi anda selesai.

9. peraturan selesai majlis, pergilah ke arah ibu bapa sebelum pergi ke arah kawan-kawan ye.pergi peluk cium mak bapak dulu baru pi lambung topi ramai2(kenapa semua suka post baling topi?)melainkan jika anda mempunyai sebab lain yang menghalang ibu bapa anda ke majlis graduasi anda. takpa mereka mendoakan kejayaan dan kebahagian anda :)

itu sahaja yang saya boleh fikirkan sekarang~ada apa-apa lagi ke?boleh tambah di bahagian komen :)

2 comments:

pESAwah said...

saye suke amat lah entry ini wahai atiqah zopor :)

p/s: uii rindu hg lah~intern comei2 tau!

NurulAtiqah said...

ohohoho~~sile ikut ye nasihat sy :)

p/s:rindu u too..dDy intern mana?