Awal pagi dah keluar pergi Seri Iskandar, labnya patut pukul 8 tapi siap dapat warning from lecturer bersedia about 10 minutes before lab start. Semalam cakap kat orang tu, pagi jumaat ada lab kat Seri Iskandar, lab hybrid vehicles. orang tu tanya lab untuk apa? lab ni untuk test keretalah. nah ambillah objectives dia.
''The main objective of this lab is to expose students to the experiments in determining vehicle dynamic properties such as the coefficient of drag and the coefficient of rolling resistance. These values will be used in the computation to predict vehicle dynamics characteristics such as propulsion power, acceleration/deceleration force and handling characteristics at much higher speeds.''boleh orang tu kata, kereta tak hybrid pun.
betul jugak tu. apa pun experiment untuk cari coefficient of drag and coefficient of rolling resistance bukan cari torque yeap :p. mechanical cakap dengan chemical, susah nak faham last sekali dapat good luck je. okaylah tu.kami sampai pukul 7.50 am dekat 'lab Hybrid Vehicles', on timekan? tapi apa nak buat janji melayu tetap wujud mana-mana kat dalam Malaysia ni. tunggulah kat situ sampai General assistant sampai. Siap berjemur collect vitamin D lagi, baguslah kan sebab pagi-pagi biasa pun bukan bangun pagi-pagi menikmati matahari.8.30 am baru GA sampai, muka pun sembam lagi ni. haa kantoi lambat bangun.
test senang je..
pecut 40km/h then cruise..
pecut 50km/h then cruise..
pecut 60km/h then cruise..
pecut 70km/h then cruise..
tapi second test tu dah tak best sebab pakai gear satu then tekan pedal minyak sampai habis then cruise. pergh ini penderaan kepada kereta ni.maaflah kereta saya pun dah berapa tahun umurnya so masa memerah minyak tu enjin buat bunyi macam 'tolong rpm dah tinggi ni. jangan paksa saya lagi' or 'hai marah pe driver ni tekan minyak kuat-kuat?' habis je test kereta, lecturer tegur cara pemanduan. 'kamu kalau nak u-turn, tak payahlah ambil lajak besar-besar. ingat kereta kamu tu lori balak ke?' camtu ke dia cakap? ke bunyi kat telinga saya yang camtu..hahaha..terima kasih lecturer. janji tak buat dah, sayang lecturer kat kami kan

tulah sedikit sebanyak pagi yang cemerlang di hari jumaat ini. rasa dah hitam sikitlah..hahahaha..
owh ni lab kami..dari point A to point B..kami punye lab~~
![]() |
| Bangga first 'Field trip" |

0 comments:
Post a Comment